07 November 2016

Tudung Monochrome



Assalamuaikum girlss..

Update new Shawl MONOCHROME with valuable price..
 RM 15 only

PM 012-3181666 for any requiries :)

05 November 2016

Heavy Chifffon Shawl MURAH


Assalamualaikum,, mencari tudung yang lawa?? Meletop?? TREND??

Sini saya ada jual tudung yang berpatutan harganya..

tak perlu risau..harganya RM15 shaja

kain panjang,,boleh buat macam2 gaya.. :)

-kurang iron
-senang bentuk
-selesa
-kain lembut

HEAVY CHIFFON SHAWL ((RM15))

sebarang pertanyaan sila PM whatsapp 0123181666

14 August 2015

USIM Bumi Bertuah

Assalamualaikum and hi...

Dah lama tak update..nasib baik tak ada sarang labah2 kat blog ni...

Alhamdulillah berkat semua saya berada di bumi USIM

In shaa Allah..saya akan ceritakan pengalaman saya sebagai pelajar Tamhidi Perakaunan dan Muamalat Q0210 ..nantikan ya :)

Sebelum tu,,ni lirik lagu USIM..hehe..kasi semangat sikit

USIM TERUS MAJU
Malaysia maju di zaman merdeka
Umatnya bergerak berganding bahu
USIM menyahut harapan bangsa
Menjadi universiti termaju
Cabaran masa teras kegiatan
Penyelidikannya untuk dunia
Terus progresif membina insan
Berdisiplin mengamal nilai mulia
* Benteng harapan untuk terus maju
Menjadi universiti terkini
Meredah halangan mencipta mutu
Mengharum negara seluruh bumi
USIM berjanji pada ibunda
Berjasa berbudi untuk semua
Siswanya adalah tunggak negara
Kan terus membela maruah kita

Lirik: Y.Bhg. Tan Sri Dr. Yusof Noor
Lagu Ciptaan: Tn. Hj. Mahzan Manan

Wassalam :)
Nur Amirah Atiqah binti Mohd Faiz NG
Called me Amirah Ng :)

23 April 2015

sakit itu kifarah dosa

bismillah,,

sihat sebelum sakit..nikmat yang sering manusia lupa..astaghfirullah..ingatlah wahai sekalian manusia segala nikmat ang kita rasai ini hanyalah sementara..kita hendaklah saling mengingatkan diri dan orang lain agar kita tak terlalu asyik dengan dunia ini..

Allah uji kita sebab kita ni memang selayaknya diuji..kita ni hanyalah hamba-Nya..memang wajarlah kan..sabar lah segalanya ada ganjarannya..kita hendaklah terima dengan redha..Allah Maha Mengetahui..jangan pernah nak salahkan takdir..semua yang diuji adalah supaya iman kita bertambah..jika kita mampu tanganinya..Alhamdulillah,,syukur..jika kita belum mampu,,cubalah tabahkan diri..

semoga apa yang saya sampaikan terkesan pada pembaca..tulisan saya yang sedikit ini tiada la ertinya berbanding kata2 para insan yang masyhur..hanya perkongsian bersama..

#target2020

23 November 2014

Berani,,:)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua penduduk bumi yang bijaksana..

Kali ni,,saya nak bagi langkah-langkah untuk hancurkan dinding yang membelenggu diri kita..asal nak berubah je pasti ada yang mencemuh dan menjatuhkan semangat kita yang nak berubah ke arah lebih baik,,tapi tak semua la kan?Terdapat sesdikit langkah-langkah yang ingin saya kongsikan iaitu..

1) Niat kena betul..Kita berubah bukan kerana makhluk,,bukan sebab nak istiqamah..tapi kita nak berubah mestilah sebab nak dapatkan keredhaan Allah..Niat kena tekad,,azam kena kuat..

2) Bermula..Mulalah lakukan yang terbaik..hiraukan pandangan orang lain terhadap diri kita,,anggap semuanya hanya nak buat kita lebih kuat..rasa la seakan-akan diri kita ni semakin diuji,,sebab manusia yang semakin nak menjatuhkan kita berasa cemburu..hati mereka masih belum bersih secara total..kalau orang yang baik pasti dia akan menyokong perubahan yang kita nak lakukan..betul tak?

3) Jangan memaksa..sedangkan Islam pun tak pernah memaksa orang bukan Islam untuk masuk Islam..kita tak ada istilah nak memaksa,,Agama Islam hanya mengajak supaya memeluk Islam..cara Islam berdakwah adalah dengan berhikmah,,tiada paksaan..

INGATLAH,,AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR yang masyhur di sanubari Islam..marilah lakukan perubahan demi Allah..SEMOGA kita semua dapat menjadi hamba2 yang diredhai dan dikasihi oleh-Nya..in shaa Allah..

Kita kena yakin Allah akan selalu bantu kita..Selangkah kita mendekati Allah..seribu langkah Allah mendekati kita..






06 October 2014

Keputusaan SPM 2014

Assalamualaikum,,

SPM semakin menghampiri..macam dah nak sampai ke garisan permulaan je,,sama ada kita akan terus berlari atau berhenti..tapi saya akan pilih untuk terus berlari hingga ke garisan penamatnya..saya akan buktikan pada satu dunia bahawa saya,, Nur Amirah Atiqah binti Mohd Faiz Ng dari Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih,Klang,Selangor boleh dapat semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014..

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Bahasa Arab Tinggi A+
Sejarah A+
Sains A+
Matematik A+
Pendidikan Syariah Islamiah A+
Pendidikan Quran Sunnah A+
Prinsip Perakaunan A+
Ekonomi Asas A+
Matematik Tambahan A+

aamiin..doakan saya ya..saya harap semua orang pun berjaya di dunia dan akhirat..aamiin..
Calon UPSR semua 5A
Calon PSRA semua Mumtaz
Calon PT3 semua 9A / 8A
Calon SMA semua Mumtaz
Calon SPM semua A+
yang melanjutkan pelajaran..semua dapat pointer terbaik..
aamiin

20 September 2014

Blog saya cerita saya

Assalamualaikum,,

Hari2 yang saya lalui kini makin suram..seperti awan mendung yang ada di langit..air mata saya juga mengalir seperti turunnya kristal2 air hujan..seperti terhempasnya MH17..dek kerana kekecewaan dan kesedihan hati yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2 melainkan dengan tulisan ini..

Saya akui diri ini serba kekurangan..selalu bergelumang dengan dosa2 yang tidak saya sedari,,sehingga mungkin timbangan di sebelah kiri lebih berat daripada kanan..saya lemah,,saya perlukan teman,,saya perlukan dorongan,,tapi mereka takkan selalu dengan saya selagi saya tak wujudkan dalam diri saya,,pendirian saya harus kukuh seperti tertanamnya tiang bendera untuk terus mengibarkan bendera..terus dipandang tinggi dan dilihat dengan penuh kemegahan..

Kini,,saya harus kuat sepertimana kekuatan umat Nabi yang kuat dan tabah serta sanggup berkorban untuk kegemilangan Islam,,saya mesti buktikan saya boleh,,saya mesti boleh!!!!!!!!!

Saya pandai mengkarya di blog tapi di dalam kertas peperiksaan memang tak pernah berkaitan..saya harus perbaiki..saya cuba walaupun nama saya selalu disebut oleh cikgu bahasa melayu..walauapapun saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada cikgu Rohaya binti Salkon..

Tak lupa juga pada Teacher Nailissuha..yang mula2nya agak menyeramkan,,akhirnya saya rasa happy je ada cikgu..cikgu sekarang lebih baik..Teacher Ruhayu,,Cikgu Rosnah binti Shamsuddin..Cikgu Noraini bt Ibrahim..Cikgu Saadiah bt Mokhtar..Ustazah Rugaiyah,,Ustazah Noor Izura binti Yusoff..Ustazah Noraizan binti Mohsin..

Begitu juga dengan semua cikgu2,,ustaz2,,ustazah2,,terima kasih sangat..
Saya sayang cikgu2 semua..
ni sekolah saya

1)Tadika Pei Ying
2) Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama (SKTKU)
3) Sekolah Rendah Batu4 (SRABatu4)
4) Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih (SAMSHSB) Sg BERT

Nur Amirah Atiqah ;) Nami