Rasulullah dalam hadis yang direkodkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas berkata, " Berkahwinlah kamu, sesungguhnya aku pada hari kiamat bergembira kerana umatku banyak. Dan jangan kamu menjadi seperti orang Nasrani , iaitu bertapa hidup membujang. "
Bersandarkan hadis ini, Islam menitikberatkan perkahwinan dan pernikahan. Tujuan perkahwinan adalah bagi meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan adalah fitrah untuk
setiap makhluk Allah dan menjadi asas dalam meneruskan bahtera kehidupan.
Kita sering mendengar ungkapan yang sering disebut dalam masyarakat, iaitu jodoh pertemuan dan
ajal maut di tangan Tuhan. Pandangan ini tepat kerana ia mampu mendidik manusia bersifat qanaah,
iaitu bersyukur dengan apa yang ada.
Namun, terdapat juga segelintir daripada kita terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha...
* Peace
No comments:
Post a Comment